Surat penghargaan orang awam kepada polis

POLIS mengucapkan terima kasih kepada seorang penduduk Taman Sri Puchong, Sharbani Harun atas penghargaan beliau terhadap sepasukan anggota Balai Polis Puchong Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang bertugas dengan penuh dedikasi menjalankan rondaan dan memastikan keselamatan harta benda penduduk terjaga ketika cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dan ianya amat dihargai.

‘’Saya juga ingin menghulurkan penghargaan kepada semua anggota polis yang bertugas sempena perayaan, walaupun kebanyakan orang awam sedang bercuti.

“Kehadiran anggota polis dalam menjalankan rondaan tidak hanya memberikan rasa aman kepada kami, tetapi juga memastikan kami dapat menikmati cuti perayaan dengan tenang dan damai,” tulis Sharbani.

Penghargaan tersebut dizahirkan melalui hantaran di Email peribadi beliau kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Ketua Polis Selangor turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada sepasukan anggota Balai Polis Puchong Jaya, IPD Serdang dan menegaskan kepada seluruh warga kerja Polis Selangor terutama yang bertugas di lapangan agar sentiasa menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan berhemah seperti slogan kata PDRM ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. – Nasionaldaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *