BERITA UTAMA

4 suspek penembak adalah warga asing – Russia

MOSCOW – Empat suspek penembak yang ditahan berhubung kes serangan maut di Dewan Bandar Crocus, kelmarin, bukan rakyat Rusia, menurut Kementerian Dalam Negeri di Moscow.

“Kesemua mereka adalah warga asing,” katanya dalam satu kenyataan, semalam, sebagaimana dilaporkan AFP.

Sementara itu di Kyiv, Ukraine menafikan terbabit dalam kejadian berkenaan.

Terdahulu, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia dilaporkan berkata, semua empat pengganas itu ditahan ketika menuju ke sempadan Ukraine, dan mereka didakwa mempunyai kontak di wilayah itu.

Direktorat Utama Perisikan di Kementerian Pertahanan Ukraine, Andriy Yusov bagaimanapun mendakwa ia adalah satu pembohongan daripada perkhidmatan khas Rusia.

“Ukraine sudah tentu tidak terbabit dalam serangan ganas itu. Ukraine sedang mempertahankan kedaulatannya daripada pencerobohan Rusia, membebaskan wilayah sendiri dan bertempur dengan tentera penceroboh serta sasaran ketenteraan, bukan orang awam,” katanya kepada Reuters.

Kenyataannya senada dengan Penasihat Presiden, Mykhailo Podolyak yang turut menafikan Ukraine mempunyai sebarang kaitan dengan insiden berkenaan.

“Sebarang cubaan untuk mengaitkan Ukraine dengan serangan pengganas itu adalah tidak boleh dipertahankan sama sekali,” katanya. – AGENSI

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *