BERITA UTAMA
Putra desak PM tubuh RCI siasat isu LCS

KK Mart perlu ambil tanggungjawab tutup kedai hingga polis selesai siasat – Tok Him

KUALA LUMPUR – Putra mencadangkan kepada pengurusan tertinggi KK Mart, kedai serbaneka yang kontroversi dengan isu menjual stoking tertera kalimah “Allah”, menutup sementara premisnya di seluruh negara sehingga selesai siasatan polis.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, umat Islam ketika ini berada dalam kemarahan membara, walaupun pihak KK Mart telah membuat permohonan maaf, konon kesal dengan apa yang berlaku.

Katanya, jika kedai serbaneka itu benar-benar mahu mengambil tanggungjawab sebagai tanda kekesalan atas apa yang berlaku, mereka wajar menutup dahulu semua kedainya di seluruh negara sebagai langkah keselamatan.

“Islam adalah agama yang baik dan umatnya diajar supaya bersabar serta menerima apa juga takdir dari Allah, namun apabila sudah hilang kesabaran tidak pasti apa akan berlaku.

“Rakyat Palestin dizalimi begitu lama oleh regim zionis yahudi dan terus bersabar, tetapi lihat apa yang terjadi. Umat Islam Malaysia yang merupakan penduduk majoriti tidak mahu negara ini menjadi Palestin,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr. Ibrahim menegaskan, mencegah lebih baik sebelum menjadi lebih buruk dan sudah banyak peristiwa menghina Islam serta orang Melayu, malah Raja-raja Melayu turut dihina, akhirnya selesai dengan hanya minta maaf.

Katanya, umat Islam ingin menoktahkan budaya buat celaka kemudian minta maaf.

“Cukuplah umat Islam dipermainkan dengan minta maaf, konon kesal dan berjanji tidak akan ulangi lagi, tetapi pada masa sama, ia terus berlaku.

“Cukup adalah cukup… Putra tidak akan berdiam diri lagi,” tegas beliau. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *