SEMENANJUNG GAZA – Sebuah kapal yang membawa 200 tan bantuan untuk Gaza menggunakan koridor maritim baharu dari Cyprus, mula memunggah kargonya, semalam.
Kapal Open Arms, yang berlayar dari Cyprus, Selasa lalu, menunda tongkang berisi 200 tan makanan untuk penduduk Gaza yang diancam kebuluran selepas peperangan lebih lima bulan.
Jurucakap badan amal Amerika Syarikat (AS) yang bekerja dengan Open Arms, Linda Roth berkata, World Central Kitchen sedang memunggah tongkang yang disambungkan ke jeti.
Israel berkata ia mengerahkan tentera untuk mengamankan kawasan di sekitar jeti. Kapal itu menjalani pemeriksaan keselamatan yang komprehensif,” tambahnya.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 149 orang telah terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Saksi melaporkan serangan udara dan pertempuran di bandar Khan Yunis dan kawasan di utara di mana keadaan kemanusiaan sangat teruk.
Ketika unat Islam menyambut Jumaat pertama bulan Ramadan, ribuan orang menunaikan solat di pekarangan masjid Al-Aqsa dengan kehadiran petugas keselamatan Israel dan sekatan kemasukan.
Amjad Ghalib, 44, berkata ini adalah kali pertama beliau melihat begitu banyak pasukan (polis).
“Dua tahun lalu saya boleh berdebat dengan mereka, tetapi sekarang… mereka tidak memberi kami peluang”, katanya.
Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau sudah meluluskan rancangan tentera untuk operasi di Rafah, di mana kebanyakan penduduk Semenanjung Gaza mencari perlindungan, tanpa memberikan butiran atau garis masa.
Rumah Putih berkata, serangan ke atas Rafah akan menjadi “garisan merah” tanpa pelan perlindungan awam yang boleh dipercayai.
Katanya, ia tidak melihat pelan itu diluluskan oleh Netanyahu.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby berkata, AS mengalu-alukan peluang untuk melihatnya.
Katanya, AS tidak boleh menyokong sebarang pelan tanpa cadangan yang “boleh dipercayai” untuk melindungi lebih daripada satu juta penduduk Gaza. – AFP
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!