SELEPAS ditangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz, pasangannya Ruhainies tampil dengan satu kenyataan berhubung isu tangkap basah mereka oleh pasukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) awal pagi kelmarin.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon itu menjelaskan, dalam keghairahan media sosial melaporkan kejadian itu, ada beberapa kenyataan yang tidak tepat telah tersebar.
Beliau berharap, spekulasi itu dapat dihentikan sehingga dia tampil dengan kenyataan rasmi untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham berhubung perkara sebenar berlaku.
Bagaimanapun, Ruhainie meminta maaf di atas apa yang telah berlaku dan meminta orang ramai menunggu penjelasan lanjut daripada tuan badan. – NasionalDaily
Kredit: Instagram Ruhainies
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com