Pasangan artis dicekup berkhalwat?

KUALA LUMPUR – Artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini, semalam.

Sumber Harian Metro berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

Menurutnya, pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

“Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo itu, mereka disyaki berkhalwat.

“Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita berkenaan,” katanya.

Untuk rekod, selebriti lelaki ini pernah bercerai dengan isterinya, namun rujuk semula.

Sebelumnya, dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang.

Sementara pelakon wanita yang juga adik kepada seorang selebriti itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa artis. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *