BERITA UTAMA

The Pocketrocketman raih gangsa di Brisbane

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia hari ini.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan beliau di suku akhir acara pecut lelaki, semalam.

Pingat emas dimenangi pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 Matthew Richardson manakala Matthew Glaetzer meraih perak.

Pada aksi suku akhir acara pecut semalam, The Pocketrocketman tewas 0-2 kepada Glaetz di kejohanan yang berlangsung selama lima hari dan berakhir pada 5 Mac. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *