Oleh: Fatimah Hanum Samsuri
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperkenalkan Perkhidmatan Farmasi Satelit bagi kemudahan pelajar mendapatkan ubat-ubatan yang mengalami masalah kesihatan ringan di luar waktu operasi.
Inisiatif itu turut mencatat pencapaian tersendiri apabila perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Pusat Kesihatan USIM itu adalah yang pertama seumpamanya oleh universiti awam tempatan.
Peluncuran perkhidmatan itu dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), USIM, Profesor Dr. Mushaddad bin Hasbullah baru-baru ini.
Menurutnya, kewujudan farmasi satelit tidak hanya menandakan pembukaan sebuah kemudahan baharu, malah melambangkan komitmen berterusan Universiti dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan warga kampus.
Perkhidmatan itu menyediakan akses kepada ubat-ubatan yang telah ditetapkan bagi menangani masalah kesihatan ringan pelajar seperti demam, selesema, dan batuk, katanya.
Pesakit boleh mendapatkan ubat berkenaan melalui staf di pejabat kolej kediaman berdasarkan senarai dan arahan penggunaan yang telah disediakan oleh Pusat Kesihatan USIM.
Usaha itu mencerminkan komitmen USIM dalam membina persekitaran kampus yang lebih prihatin, responsif dan cakna terhadap kesihatan pelajar, katanya.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Fatimah Hanum Samsuri, Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
