PGA rampas lebih 5kg syabu, wanita antara 3 ditahan

PETALING JAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki dan seorang wanita bersama lebih 5kg syabu dalam dua operasi di Batu Pahat serta Muar Selasa lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Shohaiami Ismail, berkata lima bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki syabu seberat 5,224.4g dirampas dalam operasi kira-kira 8.35 malam Selasa lalu.

Menurutnya, sebuah Toyota Vios dan Honda Civic FD yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu turut dirampas.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM434,400,” katanya dalam kenyataan sambil menambah operasi itu dijalankan Cawangan Risik Batalion 6 PGA, Muar di kawasan parkir tidak berbumbung bersebelahan sebuah pasar raya di Batu Pahat dan Kampung Sarang Buaya Laut, Muar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Jelasnya, semua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Batu Pahat untuk tindakan serta siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah atau aktiviti menyalahi undang-undang kepada polis bagi membantu usaha penguatkuasaan serta pencegahan jenayah.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *