434 Terima Manfaat Karnival Cakna Rakyat DUN Gual Periok

Oleh: Abd. Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Seramai 434 penerima mendapat manfaat menerusi pelbagai bentuk sumbangan berjumlah RM107,000 daripada kerajaan negeri yang diagihkan sempena Karnival Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok 2026 di Maahad Muhammadi Rantau Panjang, di sini.

Daripada jumlah itu, 245 pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masing-masing menerima sumbangan RM100, manakala 100 anak yatim menerima RM200 seorang.

Selain itu, 73 waris penerima Skim Kifalah layak menerima bantuan RM1,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan bagi skim berkenaan sebanyak RM73,000.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, sebahagian daripada bantuan itu telah diagihkan lebih awal sebelum program berlangsung, manakala 16 usahawan turut menerima sumbangan masing-masing sebanyak RM1,000 bagi membantu menyokong usaha mereka dalam bidang perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Kamaruzaman Mohamad berkata, penduduk yang memerlukan bantuan boleh menghubungi penghulu mukim masing-masing atau hadir terus ke Pusat Khidmat DUN (PKD) untuk memaklumkan jenis bantuan diperlukan.

“Insya-Allah, pihak PKD akan menguruskan permohonan berkenaan bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut Kamaruzaman, penganjuran Karnival Cakna Rakyat tahun ini lebih besar berbanding tahun sebelumnya apabila pelbagai aktiviti diadakan dari pagi hingga malam.

“Tahun ini kita melanjutkan program sehingga malam. Program bermula dengan pertandingan perarakan setiap mukim pada jam 8 pagi, diikuti 30 acara sukaneka sehingga jam 11 pagi.

“Selepas itu, acara diteruskan di dewan dengan penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah sehingga jam 1 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata, program sebelah malam pula dimulakan dengan kuliah Maghrib dan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada sebarang musibah di DUN Gual Periok.

Program turut dimeriahkan dengan Malam Kesenian Islam yang menampilkan persembahan nasyid, bacaan sajak dan dikir barat.

Katanya, pelbagai agensi kerajaan turut menyertai karnival berkenaan bagi memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan dan bantuan disediakan.

Sementara itu, Pengarah Program, Ahmad Shokeri Ibrahim berkata, penganjuran Karnival Cakna Rakyat memberi ruang kepada pemimpin untuk mendekati masyarakat, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan rakyat serta sesama penduduk.

Kata beliau, program seumpama itu bukan sahaja memberi manfaat menerusi bantuan yang disalurkan, malah menjadi wadah untuk menyatukan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Ahmad Shokeri turut merakamkan penghargaan kepada semua urus setia dan petugas yang bertungkus-lumus menjayakan program berkenaan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kamaruzaman atas kesudian menghadiri program itu meskipun mempunyai jadual tugas yang padat.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *