SUNGAI PETANI – Sembilan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, dikenali sebagai “Geng Suria”.
Mereka ialah Thayalan, 28, A Tana Balan, 30, Muhamad Rizwan Abd Jalil, 28, G Sritharan, 39, B Saranraj, 38, A Simon, 34, G Suria Prasad (ketua), 30, A Suresh, 52, dan Kavines, 31.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil secara berasingan di dua kamar berbeza di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim dan Najwa Che Mat, kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan itu di rumah tidak bernombor, Jalan Sekerat, Pekan Lama di sini, antara Disember 2024 hingga April lepas mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan dan Mohd Fakhrurrazi Ahmad Salim.
Peguam S. Sagthiyaraj mewakili Saranraj dan Thayalan, peguam Mohammad Naim Kamaruddin mewakili Sritharan, Simon dan Tana Balan manakala empat tertuduh lagi tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak menawarkan jaminan bagi kesemua tertuduh dan menetapkan 17 Nov ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
