Lelaki, rakan wanita maut dalam kejadian langgar lari di George Town

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dan rakan wanitanya maut selepas motosikal ditunggangi mereka dipercayai dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran susur Jambatan Pulau Pinang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian pada 4 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 22 dan 20 tahun dipercayai dalam perjalanan dari arah pusat bandar George Town menuju ke Jambatan Pulau Pinang.

“Apabila tiba di susur bercabang menghala ke Jambatan Pulau Pinang/Universiti Sains Malaysia (USM), motosikal dinaiki kedua-dua mangsa disyaki dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Padang Serai, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Abdul Rozak berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Shahidatul Alyaa Nordin di talian 019-6886106 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *