Kebakaran hutan: “Azab mereka di neraka jahanam” – Doa pendakwah Indonesia

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara, mendoakan supaya pihak yang terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah di negara itu menerima azab, termasuk di neraka jahanam.

Menerusi kenyataan di media sosialnya, Ustaz Abdul Somad memohon agar balasan dikenakan terhadap individu yang membakar hutan, memberi izin pembakaran, serta berdiam diri walaupun mempunyai kuasa untuk bertindak.

Dia turut mendoakan agar Tuhan memberikan balasan kepada pihak yang menyelewengkan dana bantuan kebakaran hutan serta mengambil keuntungan daripada kejadian itu.

“Ya Tuhan kami, matikan mereka dalam keadaan su’ul khatimah serta azab mereka di kubur,” tulisnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kebakaran yang berlarutan berbulan-bulan di seluruh Sumatera dan Kalimantan telah mengakibatkan jerebu semakin memburuk, memaksa penutupan sekolah di negara-negara jiran.

Setakat 12 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan lebih 277,000 kes jangkitan saluran pernafasan akut di tujuh wilayah yang terjejas akibat kebakaran.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *