Jumlah mangsa banjir Perak meningkat; TLDM gerak misi bantuan di Pulau Pangkor

IPOH – Seramai 100 mangsa banjir daripada 29 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama, setakat jam 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat berbanding 90 mangsa (27 keluarga) setakat jam 4 petang tadi.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor telah dibuka untuk menempatkan penduduk yang terjejas banjir di Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor,” katanya.

Selain itu, seramai 56 mangsa (21 keluarga) masih berlindung di PPS SK Matang susulan kejadian ribut di Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) dalam satu kenyataan pula memaklumkan, seramai 100 anggota dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut telah diatur gerak bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan bencana susulan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Pulau Pangkor pada awal pagi tadi.

Menurut MPA Barat, misi bantuan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Staf Operasi MPA Barat, Komander Abdul Manan Mazlan.

Katanya, ia membabitkan tiga Fast Combat Boat (FCB) dan dua Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) bagi menyokong pergerakan anggota serta penghantaran bantuan ke kawasan terjejas.

Menurut kenyataan itu, sebuah helikopter TLDM juga bersiap siaga untuk memberi sokongan udara sekiranya diperlukan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Dalam pelaksanaan misi bantuan itu, TLDM turut menyediakan 300 bungkus makanan dan 425 botol air mineral untuk diagihkan kepada petugas terdiri daripada warga TLDM, guru, individu serta wakil beberapa agensi awam yang terbabit dalam kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir.

“Kerja-kerja pembersihan tertumpu di SK Seri Pangkor, selain masjid dan rumah penduduk yang terjejas teruk akibat banjir serta dipenuhi mendapan lumpur tebal,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *