Gempa 6.3 Magnitud Dikesan di Laut Jawa, MetMalaysia Pantau Perkembangan

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan berlaku di Laut Jawa, Indonesia, awal pagi ini, namun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 8.2° selatan dan 107.2° timur, kira-kira 147 kilometer (km) di selatan Sukabumi, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 70km.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan agensi itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

MetMalaysia turut memaklumkan akan terus memantau perkembangan kejadian berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat perubahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti seismik melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *