'Rosmah guna dana syarikat beli barang kemas, hampir AS$350 juta' - 1MDB

Pendakwaan akan rayu keputusan benar Rosmah kemuka bukti tambahan – Peguam Negara

PUTRAJAYA – Pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya berhubung kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

“Ia wajar difailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Kami akan memfailkannya secepat mungkin,” katanya.

Mengikut undang-undang, notis rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan mahkamah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada Selasa, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azhahari Kamal Ramli, Datuk Dr. Choo Kah Sing dan K. Muniandy membenarkan permohonan Rosmah untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya. 

Mahkamah memerintahkan supaya bukti tambahan itu diperoleh daripada saksi pendakwaan, Rayyan Radzwill Abdullah melalui pemeriksaan balas lanjut dan pemeriksaan semula, dengan sebarang bukti lain yang hendak dikemukakan oleh pihak pembelaan atau pendakwaan mesti berkaitan dengan keterangan tambahan lelaki itu.

Mahkamah Rayuan juga mengarahkan agar bukti tambahan itu diambil di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang berbeza dalam tempoh dua minggu dari tarikh pengurusan kes yang dijadualkan pada 10 September.

Rosmah, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon untuk mengemukakan bukti tambahan itu yang mengandungi satu laporan polis serta akuan berkanun diikrarkan oleh Rayyan yang mendakwa terdapat tekanan daripada pihak pendakwaan semasa perbicaraan berlangsung. 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi mensabitkan Rosmah atas tiga pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Wanita itu didapati bersalah meminta suapan berjumlah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk membantu Jepak Holdings mendapatkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion bagi membekalkan tenaga kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, yang berjalan serentak, selain didenda RM970 juta, namun diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya.

Mahkamah Rayuan menetapkan rayuan itu didengar dari 4 hingga 16 Oktober dan dari 19 hingga 23 Oktober ini. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *