Tujuh lelaki Yemen ditahan pandu kereta secara berbahaya di Jalan Sungai Besi

KUALA LUMPUR – Polis menahan tujuh individu warga Yemen bagi membantu siasatan kes dua kereta dipandu secara berbahaya di Jalan Sungai Besi, di sini tengah malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, semua lelaki berumur 23 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara semalam dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika kedua-dua kenderaan berkenaan sedang bergerak di Jalan Sungai Besi ke Jalan Bukit Bintang.

“Penumpang bagi kedua-dua kenderaan telah bertindak mengeluarkan badan serta duduk di atas tingkap pintu kenderaan secara berbahaya ketika kenderaan sedang bergerak.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Lima daripada individu yang ditahan ialah pelajar universiti awam di Kedah, manakala dua lagi lepasan universiti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zamzuri berkata, hasil soal siasat terhadap pemandu mendapati aksi berkenaan dilakukan sekadar berseronok bagi meraikan perkahwinan seorang rakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu peruntukan berkaitan perbuatan cuai atau gopoh yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara hingga tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee menerusi talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan penumpang dua kereta mengeluarkan badan dan duduk di bahagian tingkap kereta semasa kenderaan berkenaan sedang dipandu di Jalan Sungai Besi. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *