PETALING JAYA – Kerjaya Prospek Group Bhd., melalui anak syarikat milik penuhnya, Acumen Marketing Sdn. Bhd., telah melanggan 70 juta saham baharu dalam ES Sunlogy Bhd yang disenaraikan di Pasaran ACE dengan harga RM18.76 juta melalui penempatan persendirian.
Kerjaya Prospek berkata, saham tersebut telah diperoleh pada harga 26.8 sen setiap satu, memberikan Acumen 9.09 peratus pegangan dalam modal saham ES Sunlogy yang diperbesarkan.
Pengarah Urusan ES Sunlogy, Khor Chuan Meng berkata, pelaburan Kerjaya Prospek mencerminkan keyakinan terhadap model perniagaan, keupayaan pelaksanaan dan strategi pertumbuhan jangka panjang syarikat.
Beliau menambah, pelaburan itu akan mengukuhkan lagi profil korporat ES Sunlogy dan meletakkan syarikat itu untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian kejuruteraan M&E berkualiti tinggi dan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui.
“Sejak penyenaraian, kami terus melaksanakan pelan pertumbuhan dengan mendapatkan projek kejuruteraan M&E yang besar, mengembangkan portfolio tenaga boleh diperbaharui dan memperkukuhkan kehadiran serantau kami.
“Dengan sokongan pemegang saham strategik dan rakan niaga, syarikat kekal komited untuk memberikan nilai yang mampan sambil menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dan agenda peralihan tenaga Malaysia.
“Penyertaan Kerjaya Prospek sebagai pemegang saham strategik dan mencerminkan keyakinannya terhadap prospek pertumbuhan jangka panjang syarikat merentasi perniagaan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) serta tenaga boleh diperbaharui,” ujarnya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L