Polis Siasat Dakwaan Cucu Nik Aziz Ditampar Pemimpin UMNO

Oleh Siti Khadijah Manudin

KUANTAN – Polis Pahang membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pemimpin UMNO menampar cucu bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu program di Janda Baik, Bentong baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi.

Menurutnya, kejadian didakwa berlaku selepas satu program yang dihadiri mangsa pada 20 Mei lalu dan kes kini disiasat bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

Terdahulu, Nik Alif Aiman menerusi hantaran di media sosial mendakwa beliau ditampar oleh Ketua UMNO Beruas, Datuk Dr. Azhar Ahmad selepas menghadiri program berkenaan.

Dakwaan itu tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet.

Bagaimanapun, Azhar menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan beliau tidak menampar mangsa seperti yang didakwa.

Sebaliknya, beliau mendakwa hanya menyentuh pipi Nik Alif secara mesra selepas diperkenalkan sebagai anak saudara kepada seorang rakannya.

Azhar turut dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan yang tular itu dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta imejnya.

Polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *