PRN Johor: PN tanding 56 kerusi, 80 peratus pembahagian kerusi selesai

JOHOR BAHRU – Rundingan pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN) Johor bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) hampir dimuktamadkan dengan kira-kira 80 peratus kerusi telah selesai.

Pengerusi PN Johor Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal berkata baki 20 peratus kerusi masih dalam perbincangan, melibatkan kerusi Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) serta cadangan kerjasama melalui electoral pact dengan parti lain termasuk MUDA dan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).

“Setakat ini, pembahagian kerusi masih dalam perbincangan. Kira-kira 80 peratus telah selesai dan seperti kita maklumkan PN akan bertanding di semua 56 kerusi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sahruddin berkata gabungan itu turut mengaktifkan jentera bagi empat komponen parti iaitu Bersatu, PAS, Gerakan dan MIPP dalam gerak kerja pilihan raya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, sekali gus membuka laluan kepada PRN negeri itu.

Sementara itu, MUDA dalam kenyataan memaklumkan parti itu akan mempertahankan kerusi Puteri Wangsa dan menampilkan lebih ramai calon muda dalam PRN kali ini. – BERNAMA 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *