KOTA BHARU — Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung kes penyelewengan dana zakat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM230 juta.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, turut mengingatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.
“Pihak berkuasa perlu diberikan ruang sepenuhnya untuk menjalankan siasatan terperinci tanpa sebarang gangguan atau campur tangan luar.
“Biar pihak berkuasa siasat dan buat kerja. Jangan kita buat spekulasi dan menjadi ejen perpecahan atau pergaduhan sehingga mengakibatkan perkara negatif itu tersebar. Masyarakat perlu tenang dahulu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Little Hajj by Little Caliphs di Masjid Muhammadi, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang timbalan pengerusi NGO bersama seorang pengarah syarikat direman selama empat hari sehingga 27 April bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana zakat berkenaan.
Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu, termasuk timbalan pengerusi NGO terbabit, kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.
Dalam operasi berasingan di sekitar Lembah Klang, dua lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan, manakala seorang lagi individu berusia 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L