Api Menjulang di Balakong: Empat Kilang Hangus

CHERAS – Langit Taman Cheras Jaya, Balakong dekat sini, malam tadi disinari api apabila empat kilang terbakar dalam kejadian yang memusnahkan harta benda dalam jumlah agak besar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, laporan diterima pada jam 9.24 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussin Onn dikerah ke lokasi.

“Empat kilang terbakar dengan kerosakan 50 hingga 90 peratus dan satu kilang musnah sepenuhnya. Api berjaya dikawal dari merebak sepenuhnya pada jam 10.18 malam,” katanya.

Operasi pemadaman masih dijalankan, dibantu Unit Dron yang sedang menuju ke lokasi.

Selain BBP Bandar Tun Hussin Onn, operasi turut disokong BBP Seri Kembangan, BBP Kajang, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras, BBP Bangi, BBP Petaling Jaya, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Serdang dan pihak polis.

Penduduk sekitar diminta berjaga-jaga kerana asap tebal masih menyelubungi kawasan berhampiran, manakala punca kebakaran sedang disiasat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *