KUALA LUMPUR – Para pemegang saham Propel Global Bhd (Propel Global) meluluskan semua resolusi yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelima (AGM ke-5) yang diadakan awal hari ini.
Semua resolusi yang dibentangkan telah diluluskan dengan sokongan pemegang saham mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kepimpinan Kumpulan, keutamaan strategik dan usaha transformasi yang berterusan.
Resolusi yang diluluskan termasuk pemilihan semula pengarah, pembayaran yuran pengarah dan elaun mesyuarat, pelantikan semula juruaudit dan dua cadangan korporat utama iaitu Cadangan Kuasa untuk Menerbitkan Saham menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016 dan Cadangan Pembaharuan Kuasa untuk Kumpulan membeli sahamnya sendiri.
Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angeline Lee berkata, sokongan penuh di dalam AGM hari ini menandakan kumpulan berada pada kedudukan yang baik untuk memajukan inisiatifnya dan meneroka landskap industri yang berkembang dengan daya tahan dan kejelasan.
“Kami berterima kasih atas kepercayaan dan galakan yang tidak berbelah bahagi daripada para pemegang saham. Sokongan mereka mengukuhkan komitmen kami terhadap pelaksanaan yang berdisiplin, meningkatkan keterlihatan projek dan mengukuhkan keupayaan teras kami merentasi segmen O&G, Perkhidmatan Teknikal dan ICT,” katanya.
Beliau menambah kelulusan itu jugq memastikan Propel Global mengekalkan ketangkasan dan fleksibiliti untuk menjalankan latihan korporat masa hadapan dan bertindak balas secara berkesan terhadap peluang pasaran.
Dalam menuju ke tahun 2026, tumpuan syarikat kekal pada penyampaian prestasi yang konsisten, memperdalam penglibatan pelanggan dan mendapatkan projek berkualiti tinggi untuk memacu pertumbuhan mampan jangka panjang, ujarnya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001