7 maut pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas

MOSCOW – Sebuah pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas pada Selasa di Ivanovo, sebuah wilayah tengah Rusia kira-kira 250km timur laut Moscow, mengorbankan tujuh orang yang berada di dalamnya, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

“Hari ini, di wilayah Ivanovo, pesawat pengangkut tentera An-22 terhempas semasa penerbangan ujian selepas menjalani penyelenggaraan. Pesawat itu terhempas di kawasan tidak berpenghuni,” menurut Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan.

Perkhidmatan kecemasan tempatan memberitahu TASS bahawa pesawat An-22 itu membawa tujuh orang di dalamnya semasa ia terhempas.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mengesahkan bahawa semua kru yang berada di dalamnya terkorban, sambil menambah insiden itu sedang disiasat.

Saksi melaporkan bahawa An-22 mula pecah di udara. Serpihan dari pesawat itu menjunam ke dalam Takungan Uvod. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *