MCA Kekal Bersama BN, Hubungan Dua Parti Masih Baik – Johari

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, MCA masih kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan menegaskan hubungan kedua-dua parti berada dalam keadaan baik.

Johari, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, menjelaskan setiap parti mempunyai agenda tersendiri dan sebarang keputusan bergantung kepada pertimbangan dalaman masing-masing.

“Setakat hari ini, saya nampak MCA masih kekal bersama BN. Kita perlu menerima hakikat bahawa sukar bagi mana-mana negara memiliki parti politik yang berkuasa penuh. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah menyesuaikan diri.

“Namun, hubungan BN dan MCA sangat rapat, lebih daripada 50 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebelum ini, MCA menegaskan kesediaannya menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya UMNO bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *