Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi

Menang di Sabah penanda aras baharu PAS, kata Hadi

PETALING JAYA – Pencapaian PAS pada PRN Sabah kali ini penanda aras baharu buat parti itu, terutama dalam memperkukuh usaha dakwah, siasah, tarbiah dan kebajikan, kata Presiden Hadi Awang.

Hadi menyampaikan penghargaan beliau kepada seluruh jentera PAS Sabah, atas komitmen, kesungguhan, dan kualiti kerja sepanjang tempoh PRN, khususnya atas kemenangan di DUN Karambunai.

“Pengorbanan dan kesatuan tenaga inilah yang menjadi kekuatan kepada perjuangan kita,” katanya, lapor Harakah Daily.

Pertandingan 11 penjuru di Karambunai menyaksikan Aliakbar Gulasan yang bertanding atas tiket PN meraih 7,054 undi, mengatasi Warisan (6,689), Gabungan Rakyat Sabah (4,818), dan Barisan Nasional (4,475), lalu menang dengan majoriti 365 undi.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor berkata sentimen parti tempatan tidak memberi pengaruh besar pada pola pengundian keseluruhan, susulan kemenangan Aliakbar.

Aliakbar adalah naib pengerusi PN Sabah. Seorang lagi calon PN, Ronald Kiandee dari Bersatu yang juga pengerusi PN Sabah, tewas di Sugut.

Kemenangan ini disifatkan sebagai bersejarah bagi PAS. Walaupun sudah lama bertapak di Malaysia Timur, parti itu tidak pernah berjaya memenangi sebarang kerusi Parlimen atau DUN di Sabah atau Sarawak sehingga kini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *