PETALING JAYA – Polis menahan sembilan suspek kerana disyaki terbabit dalam kejadian sekumpulan penunggang motosikal mengepung dan menendang sebuah kereta Myvi berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong.
Ketua Polis Serdang Muhamad Farid Ahmad berkata, semua mereka termasuk remaja berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan di Puchong dan Shah Alam, manakala tiga motosikal dirampas.
“Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini untuk mendapatkan perintah reman,” katanya dipetik laporan FMT dalam satu kenyataan.
Semalam, Farid berkata, polis memburu kira-kira 20 penunggang motosikal yang mengepung dan menendang sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 52 tahun.
Dalam video yang tular itu, sekumpulan penunggang motosikal dilihat mengekori dan mengepung sebuah kereta di lebuh raya berkenaan.
Seorang penunggang motosikal juga dilihat menumbuk tingkap dan menendang cermin sisi kenderaan itu hingga patah.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001