Kakitangan Kedutaan Besar Indonesia di Peru maut ditembak

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan pentadbiran di Kedutaan Besar Indonesia di Lima, Peru, Zetro Leonardo Purba, maut selepas ditembak ketika sedang berbasikal berhampiran kediamannya.

Saluran berita Peru, 24 Horas, melaporkan Zetro ditembak sebanyak tiga kali berhampiran pangsapurinya pada Selasa.

Ketika kejadian, difahamkan mangsa sedang mengayuh basikal bersama isterinya.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu segera dihantar ke sebuah klinik tempatan, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Isteri mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Jakarta Globe melaporkan Menteri Luar Indonesia, Sugiono mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, Zetro merupakan pegawai pentadbiran di bahagian canselori Kedutaan Besar Indonesia di Lima.

Menurut Sugiono, penyerang belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Peru.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *