Isu dwibahasa: Perkasa kecam Menteri Pelancongan utama kehendak pelancong asing

Tangkap Che’gu Bard, kerajaan dalam keadaan panik

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan tindakan polis menangkap aktivis Che’gu Bard hanya kerana bersuara bagi pihak rakyat dalam Himpunan “Turun Anwar”.

Penahanan ini, kata Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris, menunjukkan kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan panik dan terdesak.

“Mereka tidak lagi mampu berhadapan dengan kemarahan rakyat yang semakin membuak akibat kegagalan pentadbiran kerajaan Madani.

“Menangkap suara rakyat bukan penyelesaian, malah hanya menambahkan bara.

“Che’gu Bard adalah pejuang rakyat. Beliau bersuara demi nasib golongan terpinggir, yang hari demi hari dihimpit dengan kos sara hidup, cukai membebankan dan kegagalan kerajaan dalam menunaikan janji,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, kerajaan sepatutnya menjawab tuntutan rakyat, bukan menakut-nakutkan mereka dengan tangkapan.

“Saya menggesa polis segera membebaskan Che’gu Bard tanpa syarat, dan hentikan tindakan intimidasi terhadap rakyat yang mahu berhimpun secara aman.

“Kami tidak gentar. Rakyat akan terus bersuara. Jika seorang Che’gu Bard ditahan, akan muncul seribu lagi pejuang. Rakyat bukan penjenayah. Rakyat bangkit kerana terdesak,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *