Persepsi rakyat terhadap MRR jika ‘Terri’ dilantik Ketua Hakim Negara

KESELURUHAN rakyat Malaysia sedang melihat, memerhati serta bakal mencipta satu persepsi penting terhadap Majlis Raja-Raja Melayu sekiranya menyokong pelantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Ketua Hakim yang baru.

Secara sejujurnya kita akan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu hingga ke titisan darah terakhir, tetapi sekiranya DYMM Tuanku Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu melantik Ahmad Terrirudin sebagai pengganti kepada Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat, maka kali ini kita amat gusar kerana keseluruhan rakyat mungkin akan terima signal yang salah seterusnya mungkin memandang serong pada Majlis Raja-Raja Melayu.

Isu pelantikan jawatan Ketua Hakim ini sedang diperbahaskan dengan begitu serius oleh setiap lapisan masyarakat dan majoriti daripada rakyat menolak secara keras terhadap cadangan untuk melantik Ahmad Terrirudin yang tidak berpengalaman, tidak profesional, tidak mempunyai reputasi yang baik serta amat tidak berintegriti.

Tambahan pula, beberapa laporan polis telah dibuat ke atasnya masakini.

Kemelut ini adalah berpunca dari Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang pada realitinya sedang menyusun satu agenda bagi melantik Ketua Hakim yang bakal memihak pada dirinya untuk melindungi pelbagai dakwaan salah laku yang sedang menghadapi tindakan saman undang-undang oleh YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, Yusof Rawther, keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin serta beberapa pihak lagi.

Ini adalah percaturan dan permainan Perdana Menteri yang juga tidak berintegriti dan haprak dalam sejarah kepimpinan negara kita.

Anwar Ibrahim cuba untuk mencengkam bidang perundangan bagi melindungi kesalahan-kesalahan beliau atau menghindarkan dirinya dari menerima hukuman yang tidak menyebelahinya.

Cukuplah dengan kekhilafan serta kesilapan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang hakikatnya tewas pada Pilihan Raya Umum yang ke-15 dahulu dan Majlis Raja-Raja Melayu tidak harus ulangi kesilapan yang sama dalam isu pelantikan Ketua Hakim Negara kali ini.

Pertimbangan dan situasi ini amat penting, kerana saya sebagai rakyat DYMM Tuanku yang senantiasa berada di lapangan bersama akar umbi di seluruh pelusuk tanah air amat memahami denyutan nadi rakyat yang semakin amat gelisah dalam isu pelantikan Ketua Hakim.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja Melayu harus memberi penelitian yang amat rapi serta secara terperinci untuk mengatasi isu cadangan pelantikan Ketua Hakim yang baru secara profesional kerana majoriti daripada rakyat menolak sekeras-kerasnya nama Ahmad Terrirudin sebagai Ketua Hakim yang baharu.

Majlis Raja-Raja Melayu juga harus mengkaji cara pentadbiran Anwar Ibrahim yang sedang merosakkan sistem kepimpinan negara ini kerana beliau juga merupakan seorang Perdana Menteri yang bermasalah yang sedang diseliputi oleh pelbagai masalah tindakan undang-undang.

Sekali lagi saya sebagai rakyat Tuanku ingin merafak sembah pada keseluruhan Raja-Raja Melayu untuk mengambil satu pendirian serta tindakan yang amat tuntas untuk mengatasi kemelut ini secara bijaksana.  

Saya amat yakin kali ini Majlis Raja-Raja Melayu akan membuat satu keputusan yang tuntas serta tepat untuk menghindarkan denyutan nadi rakyat menjadi bertambah resah-gelisah.

Keseluruhan rakyat pada hari ini sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ‘terburuk’ di tanah air kita dan hanya mampu menyandarkan harapan pada keseluruhan DYMM Raja-Raja Melayu sebagai benteng terakhir buat orang-orang Melayu.

Masa depan institusi Raja-Raja Melayu amat bergantung pada ketegasan serta kebijaksanaan Majlis Raja-Raja Melayu membuat keputusan demi kepentingan masa depan bangsa, negara serta agama.

Bangsa Melayu adalah tunggak kepada institusi Raja-Raja Melayu dan akan terus mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan hingga ke akhir zaman.

Daulat Tuanku

Dato Seri Khairuddin Abu Hassan

Aktivis Politik

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *