Sembilan maut dalam insiden kebakaran pusat jagaan warga emas di Massachusetts

FALL RIVER – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala lebih 30 lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah pusat jagaan warga emas di Fall River, Massachusetts, Amerika Syarikat, pada Ahad malam.

Jurucakap Jabatan Keselamatan Kebakaran Massachusetts, Jake Wark berkata, kebakaran yang berlaku sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas, Gabriel House Assisted Living Facility, yang menempatkan kira-kira 70 penghuni.

“Ramai penghuni berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba. Beberapa mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala yang lain telah dihantar ke hospital berdekatan. Seorang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal,” kata Wark.

Dalam pada itu, seramai 50 anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 60 batu di selatan Boston dan pihak berkuasa turut membuka pusat perlindungan sementara bagi menempatkan penghuni yang terselamat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Boston Globe melaporkan, Ketua Bomba Fall River, Jeffrey Bacon memaklumkan kepada media bahawa terdapat penghuni yang tergantung di tingkap ketika pasukan penyelamat tiba.

Rakaman video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan pasukan kecemasan sedang giat menjalankan operasi di lokasi kejadian dan lima anggota bomba dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *