Ratu cantik Thailand menang Miss World 2025

NEW DELHI – Peserta dari Thailand, Suchata Opal Chuangsri, dinobatkan sebagai Miss World pada pertandingan ratu cantik edisi ke-72 yang dianjurkan di Hyderabad, India, Sabtu, lapor laman berita Bangkok Post.

Opal yang berusia 22 tahun ialah pelajar sains politik dan pengasas inisiatif ‘Opal for Her’ yang menyokong wanita penghidap kanser payudara. 

Beliau muncul rakyat Thailand pertama memenangi pertandingan itu yang disertai oleh 108 peserta lain.

“Ini bukan sekadar kemenangan peribadi. Ia adalah impian bersama setiap gadis muda yang ingin dilihat, didengari dan mencipta perubahan. 

“Saya berbesar hati untuk mewakili legasi ini dan menggunakan masa saya sebagai Miss World untuk membuat perubahan yang nyata,” katanya dalam ucapan pertamanya.

Opal memiliki ketinggian 180 sentimeter dan berasal dari Pulau Phuket, selatan Thailand.  

Keluarganya mempunyai perniagaan di kawasan bandar lama pulau peranginan itu. 

Beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti Thammasat serta fasih berbahasa Cina, Inggeris dan Thai.

Sementara itu, tempat kedua Miss World adalah milik Hasset Dereje dari Ethiopia, diikuti oleh Maja Klajda dari Poland di tangga ketiga. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *