KUALA LUMPUR: PKR belum menerima permohonan rasmi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai parti itu setakat ini.
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, bagaimanapun berkata, semua permohonan keanggotaan PKR dilakukan melalui kaedah memohon secara dalam talian.
“Setiap permohonan akan melalui proses biasa, yang mana selepas permohonan dibuat secara dalam talian, ia akan diproses dan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Permohonan itu akan dipertimbang sewajarnya sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi,” katanya dipetik Berita Harian dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, parti turut dimaklumkan Tengku Zafrul akan menunaikan haji dan mendoakan beliau selamat pergi dan kembali serta memperoleh haji mabrur.
Tengku Zafrul dalam kenyataan malam tadi, mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam UMNO dan menyatakan kesediaan menyertai PKR.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001