Rafizi umum letak jawatan Kabinet

HARI ini Rafizi Ramli secara rasmi umum letak jawatan sebagai Menteri Ekonomi. Bagimanapun, tarikh peletakan jawatan itu berkuatkuasa 17 Jun ini.

Apapun, mulai hari ini atau esok, beliau akan habiskan cuti yang berbaki sehingga 16 Jun, dan keesokannya pada 17 Jun dia tak akan masuk bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya lagi.

Inilah kelebihan dan keistimewaan Rafizi. Sejak duduk dalam kerajaan lebih dua tahun, dia cakap, dia buat. Cuma masa dia dalam pembangkang dulu, apa yang dia laung, dia tak pernah nak buat.

Peletakan jawatan ini dilakukannya atas sebab dia kalah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR Sabtu lalu. Dia kalah dengan pencabarnya, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti kelebihan kepada Puteri Reformasi itu tiga kali ganda.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Keputusan itu juga menunjukkan ahli yang juga perwakilan PKR secara jelas menolak formula Rafizi, yang dianggap mereka kolot dan memalukan parti.

Dengan kekalahan itu juga Rafizi kini hanya sebagai Ketua Cabang Pandan dan Ahli Parlimen, yang tidak ada apa-apa kuasa, melainkan Presidennya memberi jawatan yang dilantik seperti Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Bendahari atau Pemeriksa Kira-Kira.

Tapi, semua jawatan itu lebih rendah dari Timbalan Presiden yang pernah disandangnya hampir tiga tahun, yang dimenanginya pada 17 Julai 2022 selepas menewaskan Azmin Ali dalam pemilihan PKR.

Tahniah Rafizi. Anda seorang yang tidak mementingkan jawatan dan kebendaan. Selamat berjuang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *