Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar

Nak letak jawatan? Silakan…

PM Anwar dah bagi signal. Dia kata, dia tak halang sesiapa nak letak jawatan dalam Kabinet.

Jawapan PM Anwar itu sangat tepat sekali. Lebih lagi, dia tak ada masa nak layan mana-mana individu yang main ugut-ugut nak letak jawatan, baik dalam kabinet mahupun parti.

Bagi PM Anwar, selepas lebih dua tahun Pakatan Harapan (PH) ambil alih Kerajaan Persekutuan pada PRU15, dia mahu tumpu sepenuhnya pada kerja-kerja menstabilkan pembangunan dan ekonomi negara.

Kalau masih ada lagi nak berpolitik, walaupun ini masanya untuk bekerja, dan mainan politiknya sampai mengganggu konsentrasi PM Anwar kepada pentadbiran kerajaan, lebih baik orang itu keluar saja ikut pintu dia masuk sebelum ini.

Sebenarnya, PM Anwar tak rasa rugi pun kalau betul benar individu berkenaan nak letak jawatan. Malah, kalau boleh PM Anwar nak kata, “silakan… kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan…”

Tapi, kerana dia seorang PM dan berjiwa besar, dia tak tergamak nak ucapkan sedemikian, melainkan individu berkenaan faham-faham sendiri.

Perangai manusia ni umpama lain padang lain belalang. Ada yang bersemangat waja, ada yang berjiwa kental, ada yang mudah goyang macam lalang dan ada juga yang mudah reput macam batang kayu buruk.

Manusia seperti ini memang mudah merajuk dan suka pula main ugut-ugut. Macam pondan kalau merajuk. Mengalahkan perempuan.

Lagipun, memang wajar dia letak jawatan. Sejak PH ambil alih dan dia dilantik sebagai menteri yang sesuai dengan formulannya, tak ada apa sangat pun perubahan yang dia bawa atau lakukan.

Malaysia nak sampai ke tahap sekarang pun, bukan kerana dia, tetapi menteri-menteri lain yang lebih berwibawa, yang banyak bekerja dari bercakap. Dia ni pula banyak main dari kerja.

Ramai lagi di kalangan pemimpin parti gabungan PH layak mengambil tempat dia. Malah, ada ilmu, pengetahuan dan pengalaman bab-bab hal ehwal ekonomi. Bukan bual kedai kopi saja macam yang ada sekarang.

Oleh itu, kita tengok selepas habis kongres ni. Kalau menang, syukur Alhamdulillah boleh terus berkhidmat. Tapi, kalau kalah, jangan nanti cari 1001 alasan untuk tidak mahu keluar dari Putrajaya.

Rakyat dah muak dah dengan gelagat dia ni. Kalau bab cakap, seolah dialah yang betul. Kalau bab fitnah memfitnah, seolah dialah yang bagus. Tapi bila terkena batang hidung, mengelupur macam anak gajah main lumpur. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001 atau 010-8942252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *