Wanita hamil empat bulan dibunuh kejam kekasih sendiri

PENEMUAN mayat seorang wanita sudah bercerai yang dibuang dalam parit menggemparkan penduduk setempat.

Jasad mangsa dikenali sebagai Nurmaliza, 29, dijumpai di pinggir Jalan Trans Kalimantan, Desa Garung, Kabupaten Pulang Pisau, Kalimantan Tengah di Indonesia pada akhir minggu lalu.

Paling mengejutkan mangsa disahkan hamil dan kandungannya berusia empat bulan.

Pihak berkuasa mengesahkan pembunuhan kejam itu dilakukan teman lelakinya, Alvaro Jordan, 23.

Jurucakap polis, Kombes Pol Nuredy Irwansyah Putra berkata, siasatan awal mendapati motif pelaku membunuh kekasihnya kerana cemburu dan mungkin ada kaitan dengan kehamilannya.

“Mereka terlibat pertengkaran sebelum dia memukul dan mencekik mangsa hingga mati ketika insiden pada 11 Mei lalu.

“Alvaro kemudiannya membuang mayat Nurmaliza di parit dan melarikan diri ke Jawa Tengah. Jasad itu akhirnya ditemui penduduk setempat dalam keadaan menyayat hati sehari selepas itu,” ujarnya.

Menurutnya, laporan autopsi menunjukkan terdapat kesan pukulan objek tumpul pada kepala mangsa selain lebam pada leher.

Difahamkan, Nurmaliza yang telah cercerai beberapa bulan lalu pernah berkahwin dengan lelaki dikenali sebagai R dan mempunyai dua anak. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *