Aneka Jaringan terima projek bernilai RM53 juta

Aneka Jaringan dianugerah kontrak RM50.54 juta

KUALA LUMPUR – Aneka Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) pakar pembinaan bawah tanah dan asas telah menerima Surat Anugerah (LOA) bernilai RM50.54 juta daripada Clement Chan Architects bagi pihak Kuala Lumpur Metro Property Sdn. Bhd.

LOA itu untuk menjalankan kerja-kerja tanah, dinding diafragma, cerucuk dan sub-struktur bagi cadangan projek pembangunan bercampur yang terletak di sepanjang Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Projek tersebut diberi kepada anak syarikat milik penuhnya, Aneka Jaringan Sdn. Bhd. (AJSB) dengan skop kerja merangkumi kerja asas dan struktur yang luas untuk apartmen servis 62 tingkat dan menara hotel yang terletak di atas podium 10 tingkat, yang akan menempatkan pelbagai kemudahan komersial dan hospitaliti termasuk restoran, ruang runcit, aras tempat letak kereta dan perkhidmatan M&E.

Pembinaan dijadualkan bermula pada 2 Jun ini dan dijangka siap pada 1 Disember 2026 dengan jangkaan menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025 hingga 2027.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pengarah Urusan Aneka Jaringan, Pang Tse Fui berkata, pihaknya berbesar hati kerana diamanahkan dengan projek mercu tanda ini di tengah-tengah Kuala Lumpur.

“Projek ini menggariskan rekod prestasi kami yang terbukti dalam mengendalikan pembangunan bandar yang kompleks dan berkepadatan tinggi.

“Dengan buku pesanan yang kukuh dan tumpuan berterusan kami terhadap kecemerlangan pelaksanaan, kami yakin projek ini akan meningkatkan lagi kedudukan kami dalam landskap pembinaan Malaysia,” katanya.

Projek terbaru itu menjadikan jumlah projek Aneka Jaringan yang dimenangi tahun ini kepada RM150.06 juta pada 15 Mei 2025.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kumpulan terus giat mengejar peluang strategik dalam kedua-dua sektor swasta dan awam untuk memastikan keterlihatan pendapatan serta pertumbuhan jangka panjang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *