BOLOGNA, Itali – Bologna mara ke final Coppa Italia selepas kemenangan 2-1 ke atas Empoli di laman sendiri, dan 5-1 secara agregat untuk bertemu AC Milan.
Bologna membawa bekalan selesa ke aksi timbal balik separuh akhir manakala Empoli berdepan tugas sukar untuk memadamkan defisit tiga gol.
Giovanni Fabbian menambah derita Empoli hanya selepas tujuh minit apabila pemain tengah yang tidak dikawal itu menanduk masuk untuk melebarkan kelebihan Bologna.
Walaupun merasakan perjalanan mereka dalam Coppa Italia semakin berakhir, pelawat tetap berusaha dengan menjaringkan gol pada minit ke-33 menerusi Viktor Kovalenko.
Bologna menambah jaringan empat minit sebelum tamat permainan menerusi tandukan Thijs Dallinga untuk memastikan kemenangan.
Bologna akan bertemu Milan di Stadio Olimpico pada 14 Mei. – REUTERS
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001