Pemandu BMW mabuk rempuh penghantar makanan didakwa pagi ini

JOHOR BAHRU – Lelaki yang memandu sebuah kereta mewah jenis BMW dipercayai dalam keadaan mabuk sehingga merempuh seorang penghantar makanan hingga maut di Taman Desa Jaya akan didakwa di Mahkamah Johor Bahru pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah disiapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Pertuduhan akan dibuat pada pagi Rabu di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

“Suspek berusia 25 tahun disiasat mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam pada itu, suspek yang memakai baju berwarna hitam tiba di pekarangan mahkamah pada kira-kira 8.20 pagi dengan diiringi pegawai dan anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi Ahad lalu, mangsa, Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, maut selepas dirempuh ketika berhenti untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Kota Tinggi–Johor Bahru, berhampiran Taman Desa Jaya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *