Kad undangan bocor, Luna Maya dan Maxime Bouttier kahwin 7 Mei ini?

PADA saat peminat masih teruja melihat ramalan romantik yang dilakukan Maxime Bouttier terhadap Luna Maya di Jepun baru-baru ini, khabar gembira kembali hadir daripada pasangan popular ini.

Meski ia bukan kenyataan rasmi yang keluar daripada mulut mereka namun berita perkahwinan mereka yang bakal berlangsung kurang sebulan dari sekarang sudah tersebar.

Hal ini gara-gara kad undangan perkahwinan Luna dan Maxime didakwa sudah tersebar dan salah satu Instagram terkenal Indonesia ikut berkongsi berita tersebut.

Menerusi perkongsian yang dibuat, kad undangan perkahwinan Luna dan Maxime didakwa sudah tersebar.

Pasangan itu dijadual berkahwin pada 7 Mei 2025 dengan majlis akan dilangsungkan di Ubud, Bali.

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis belum ada pengesahan dibuat Luna ataupun Maxime. – Gempak

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *