Polis Thailand tahan warga emas dipercayai rakyat Malaysia terlibat kes rompak di Hat Yai

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki warga emas disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas di daerah Nonthaburi, dekat sini, pada petang Rabu.

Pemangku Ketua Polis Siasatan Bahagian Ke-6, Kol. Pol. Anusorn Thongsai berkata, suspek dipercayai rakyat Malaysia melakukan rompakan di sebuah kedai emas di Hat Yai pada Selasa dan melarikan diri ke Bangkok.

Suspek itu ditahan ketika dalam perjalanan dipercayai ke rumah anaknya di Nonthaburi.

Menurut Anusorn, suspek yang berusia 61 tahun itu, cuba menyamar menggunakan pelbagai identiti bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa semasa berada di Thailand.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki bas dari Hat Yai ke stesen bas Mochit di Bangkok sebelum cuba menaiki teksi ke rumah anaknya di Nonthaburi.

“Anggota polis berjaya menahan suspek pada kira-kira jam 6.30 petang waktu tempatan, bersama barang bukti berupa emas, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru hidup,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tambahnya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan akan dikenakan tindakan undang-undang di Thailand.

Siasatan mendapati suspek bertindak bersendirian dengan menunggang motosikal untuk merompak sebuah kedai emas di Plaza Hat Yai sekitar jam 11.50 pagi Selasa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Suspek menggunakan pistol untuk melarikan emas bernilai lebih kurang 9 juta baht (RM1.17 juta).

Berikutan kejadian itu, polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap pada Rabu dan memperketat kawalan di semua pintu keluar sempadan bagi menghalang suspek daripada melarikan diri. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *