Piala FA: Crystal Palace lolos ke Wembley

LONDON – Pasukan Crystal Palace mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Fulham 3-0 pada aksi suku akhir sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Craven Cottage itu, Palace yang dikendalikan oleh Oliver Glasner membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain bintang seperti Ismaila Sare, Eberechi Eze dan Jean Philippe-Mateta mengetuai jentera serangan.

Meskipun beraksi sebagai pasukan pelawat, The Eagles bermain tanpa sebaranh tekanan dengan meraih dua gol pada babak pertama.

Jaringan pembukaan dilakukan oleh Eze menerusi penyudah menarik di luar kotak penalti pada minit ke-34 sebelum Sarr menggandakan kedudukan hasil tandukan berselang empat minit kemudian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pemain gantian, Eddie Nketiah melengkapkan kemenangan bergaya Palace dengan gol ketiga pada minit ke-74 sekali gus mengesahkan kemaraan ke Stadium Wembley pada aksi separuh akhir bulan depan. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *