Presiden Abbas lantik komander keselamatan dan pertahanan awam baharu

Presiden Abbas lantik komander keselamatan dan pertahanan awam baharu

02/03/2025:

RAMALLAH – Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu melantik komander baharu bagi Pasukan Keselamatan Negara dan seorang lagi untuk Pasukan Pertahanan Awam, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik agensi berita Palestin, WAFA.

Abbas melantik Mejar Jeneral Al-Abd Ibrahim Khalil sebagai komander baharu Pasukan Keselamatan Negara, menggantikan Mejar Jeneral Nidal Abu Dukhan yang bersara selepas memegang jawatan itu sejak 2011.

Pasukan Keselamatan Negara Palestin merupakan sebuah agensi keselamatan berorientasikan ketenteraan dengan misi utamanya adalah untuk mempertahankan tanah air, melindungi masyarakat serta mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Selain itu, Abbas menaikkan pangkat Brigedier Jeneral Akram Thawabta ke pangkat mejar jeneral dan melantiknya sebagai komander Pasukan Pertahanan Awam.

Pelantikan itu dibuat susulan keputusan Abbas pada 18 Februari untuk melantik Raed Abu Al-Homs sebagai ketua Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan bertaraf menteri, menggantikan Abdul Qader Hamed (Qadura Fares) yang bersara.

Pada 20 Februari, Abbas turut mengeluarkan dekri presiden melantik Ayman Qandil sebagai ketua Pihak Berkuasa Hal Ehwal Awam bertaraf menteri, menggantikan Hussein Al-Sheikh. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *