Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Jasin

Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Jasin

13 Feb 2025:

JASIN – Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah separuh kekal berkeluasan 20×60 kaki persegi itu telah pun 80 peratus terbakar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Siasatan awal menemukan lima mayat iaitu seorang lelaki dewasa dan empat kanak-kanak manakala seorang lelaki dewasa terselamat,” menurut kenyataan itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *