Tiga lelaki disyaki curi kabel ditahan

Tiga lelaki disyaki curi kabel ditahan

SEREMBAN – Tiga lelaki disyaki terlibat dalam mencuri kabel diberkas polis di kawasan Jalan Nilai Perdana 1, Nilai, pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Bilik Gerakan IPD Nilai memaklumkan terdapat kejadian dipercayai mencuri kabel.

“Anggota URB kemudiannya tiba di lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta dinaiki dua lelaki tempatan sedang bersembunyi manakala seorang rakannya bersembunyi di dalam kawasan semak.

“Siasatan awal mendapati tiga suspek yang ditahan itu lingkungan umur 30-an hingga 40-an dengan mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Turut dirampas segulung kabel berwarna hitam, dua alat pemotong kabel, sebatang besi, sebilah sabit, sebuah kereta dan satu rangkai kunci,” katanya ketika dihubungi di sini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *