Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin

Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin

SHAH ALAM – Seorang penuntut Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Kure Kosen, Hiroshima, Jepun dilaporkan hilang sejak 27 Januari lepas.

Pelajar wanita berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Hannani itu dipercayai hilang dan tidak dapat dihubungi selepas meninggalkan kampus pada tengah hari, Isnin lalu.

Berdasarkan maklumat tular, pihak kedutaan serta Imigresen Jepun sudah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.

Pihak kampus bagaimanapun mengesahkan bahawa Hannani yang meninggalkan Kure Kosen masih belum kembali ke asrama sehingga kini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Tambahnya, mereka sudah menghubungi polis dan berusaha menjejaki Hannani melalui aplikasi LINE, Messenger serta WhatsApp namun tidak membuahkan hasil.

“Kami juga sudah memeriksa bilik Hannani dan mengesahkan dia membawa pasport serta dompet bersamanya. Kini, kami sedang berusaha menghubungi pelajar Malaysia lain di Kosen.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat, sila hubungi pihak kampus. Kami juga akan memberitahu jika ada perkembangan dan memohon maaf atas kelewatan menghubungi tuan atau puan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Hannani diminta untuk menghubungi Pegawai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Tokyo, Imran Yusof di talian 81 80-7561-8080 atau Yang Munirah di 60 12-688 8364.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, pengesahan daripada pihak kedutaan Malaysia di Jepun berhubung kehilangan penuntut terbabit masih belum diterima.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *