GAPENA umum pemenang sayembara puisi, cerpen

GAPENA umum pemenang sayembara puisi, cerpen

Petikan BHSastera

KUALA LUMPUR – Sastera menjadi manifestasi penting dalam usaha mengangkat suara penulis muda sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan, berkata dalam usaha membina negara bangsa, apa yang diperlukan adalah pemikiran kritis, kreatif, dan penuh empati, selain dunia penulisan adalah medan luas penuh peluang.

“Kita perlu terus memperluaskan khazanah sastera negara dengan karya-karya yang berkualiti, bermakna, dan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian hadiah Sayembara Penulisan Puisi Islami dan Cerpen Penulis Muda, anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), malam tadi.

Kedua-dua sayembara itu berlangsung dari 4 Julai hingga 10 September tahun lalu adalah inisiatif GAPENA dalam memupuk bakat baharu dan memberi ruang kepada penulis dari seluruh Malaysia menonjolkan pemikiran kreatif mereka dalam pembangunan sastera kebangsaan.

Sementara itu, tiga hadiah utama Sayembara Cerpen Penulis Muda dimenangi oleh Clayton Robert, Muhammad Afif Zulhusni Azhari dan Delaila Delyana Shamsul Anuar.

Tiga hadiah utama Sayembara Penulisan Puisi Islami pula dimenangi Siti Sarah Jantan, Suhaimi Mohd Salleh dan Zurhan Bakar.

Pemenang setiap kategori menerima hadiah utama wang runai RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan, manakala sepuluh penerima hadiah sagu hati bagi setiap kategori menerima RM 1,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *