Saif Ali Khan dibenar keluar hospital

Saif Ali Khan dibenar keluar hospital

NEW DELHI – Bintang terkenal Bollywood Saif Ali Khan meninggalkan hospital di Mumbai pada Selasa selepas menerima rawatan akibat serangan pisau lima hari lepas.

Memakai kemeja putih dan seluar jean biru, beliau sempat bergambar untuk paparazi sebelum memasuki kediamannya, lapor media tempatan.

Pelakon berusia 54 tahun itu mengalami enam kesan tikaman, termasuk satu berhampiran bahagian tulang belakang, dalam serangan pada 16 Januari di rumahnya di kawasan mewah Bandra. Beliau memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan serpihan pisau sepanjang 6.3 sentimeter (cm).

Serangan mengejut itu mencetuskan persoalan mengenai situasi undang-undang dan ketenteraman di Mumbai, terutamanya selepas beberapa insiden jenayah berprofil tinggi baru-baru ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Polis Mumbai memaklumkan mereka telah menahan suspek yang dipercayai dari pinggir bandar Thane.

Pihak berkuasa mendakwa suspek adalah seorang warganegara Bangladesh yang memasuki India secara haram dan menukar namanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *