Wanita maut Perodua Kancil langgar belakang treler

SEGAMAT – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah treler di Jalan Jementah, dekat sini, petang ini.

Mangsa berusia 35 tahun meninggal di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian memandu kereta Perodua Kancil.

Menurut Komander Operasi, Zamri Uyob, anggotanya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.11 petang ini.

Katanya, satu jentera LFRT dari BBP Segamat dengan kekuatan keseluruhan enam anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, ada kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah lori treler.

“Pemandu kereta Perodua Kancil seorang perempuan telah tersepit di bahagian pemandu dan dikeluarkan oleh PKO menggunakan peralatan khas RTA.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pemandu treler berusia 61 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *