Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini

Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.

Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 43 orang daripada 22 keluarga berbanding 42 orang daripada 22 keluarga, malam semalam.

Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir iaitu di Dewan Kompleks Sukan Kanowit.

Di JOHOR, Pengerusi JPBN Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan jumlah mangsa kekal dengan 230 orang daripada 72 keluarga dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian serta Dewan Serbaguna Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang, Kluang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Situasi sama turut direkodkan di PERAK dengan jumlah mangsa banjir kekal dengan 31 orang daripada sembilan keluarga, setakat 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat JPBN, kesemua mangsa dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar, Manjung, ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *